top of page
IMPAK PROGRAM

Seperti yang dimaklumkan program ini dijalankan di SMK Assunta pada hari Khamis, 24/10/2019. Program “Kami Anak Malaysia” ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 1.20 petang. Pada waktu kami tiba di SMK Assunta, kami lihat terdapat 150 para pelajar sedang menantikan kehadiran kami. Raut wajah mereka ada yang keliru dan ada yang kelihatan teruja. Aktiviti yang diadakan pada hari tersebut tidak diketahui mereka. Maka, kehadiran kami amat mengejutkan pada mereka. Kami diberitahu bahawa pelajar yang akan kami kendalikan aktiviti ini adalah murid tingkatan 3 yang telah selesai menduduki peperiksaan PT3 yang berlangsung 2 minggu.

Apabila kami mula acara dan aktivit yang telah dirancang, kami memperkenalkan diri kami dan kami mula beramah mesra bertanyakan khabar dan apa perasaan mereka setelah tamat peperiksaan mereka. Selesai nyanyian lagu Negaraku dan ikrar Rukun Negara dengan wajah yang serius, kami kembali kepada sesi suai diri dengan para pelajar. Raut wajah mereka kelihatan gembira dan tenang menantikan aktiviti dan acara yang kami telah rancang. Mereka amat menanti-nantikan aktiviti ini. Acara permulaan kami adalah “Charades” di mana pelajar dikehendaki untuk meneka perkataan dengan lakonan atau pergerakan. Sebagai contoh, mereka perlu meneka Hang Tuah, Keris dan sebagainya. Setelah tamat permainan, mereka kelihatan sangat gembira dengan permainan tersebut serta mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai Hubungan Etnik di Malaysia. Seterusnya selepas mereka kembali daripada waktu rehat, kami memulakan acara “Ping-Pong Ball” yang amat mencabar untuk pelajar SMK Assunta. Namun, cabaran yang kami berikan kepada mereka, mereka dapat melaksanakan dengan jaya. Hal ini kerana sifat kerjasama yang dipupuk dalam kalangan mereka walaupun berbilang kaum.

Selain daripada permainan, setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat sorakan menggunakan nama kumpulan mereka. Apabila mendapat arahan, wajah mereka bertukar serius. Kami dapat melihat betapa tekunnya mereka membuat sorakan dengan ahli kumpulan masing masing. Sorakan yang direka oleh mereka perlulah mempunyai unsur patriotik di mana para pelajar dapat menyemai semangat patriotisme dalam diri mereka. Selepas itu, para pelajar dikehendaki bermain permainan “kicking feathers” yang mempunyai unsur persamaan dengan permainan sepak takraw. Hal ini dapat mendedahkan para dengan permainan tradisional agar permainan tradisional tidak dilupakan oleh generasi muda. Keseluruhan 150 pelajar di SMK Assunta adalah pelajar perempuan. Maka reaksi wajah mereka amat keliru apabila kami memperkenalkan permainan tersebut. Namun, selepas keterangan yang jelas diberikan dan tiba masa untuk bermain permainan tersebut, mereka kelihatan gigih dan bersemangat untuk menjayakan permainan tersebut. Selain daripada permainan, kami bercerita tentang sejarah Melaka, sejarah tentang kaum dan bangsa agar mereka dapat menyelami lebih mendalam tentang hubungan etnik.

this one.jpg

Konklusinya, program ini memberi impak yang amat positif kepada para pelajar kerana program ini dapat menyediakan platform untuk generasi muda mengenali corak silang budaya dan ini dapat menyemai semangat cinta akan negara dalam diri pelajar. Kini para pelajar SMK Assunta dapat memupuk semangat perpaduan dan mampu bekerjasama dengan pelbagai kaum dalam melaksanakan aktiviti atau tugasan yang diberikan di samping mempertengahkan nilai murni dan kesedaran sivik.

bottom of page