PENGENALAN PROGRAM
Malaysia merupakan sebuah negara yang dipandang unik oleh negara lain. Hal ini kerana keunikan etnik yang dimiliki oleh Malaysia dapat memukau negara-negara lain. Walaupun terdapat pelbagai etnik dalam negara, rakyat Malaysia masih mampu hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Keunikan dan kepelbagaian etnik dalam negara menjadi tanda tanya kepada penduduk dunia bagaimana latar belakang yang berbeza dalam satu negara dapat hidup dalam satu kelompok yang sama tanpa sebarang pertelingkahan. Namun, persoalan yang sedemikian dapat dijawab apabila semangat perpaduan tersemat dalam diri setiap anak bangsa Malaysia yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tiang asas keharmonian adalah perpaduan dan ianya merupakan satu elemen yang penting dalam pembentukan negara bangsa.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekretariat Rukun Negara Taylor’s Universiti (SRNTU) ingin menganjurkan program “KamiAnakMalaysia” dengan slogan “Menyemai Cinta Melestarikan Perpaduan” di bawah kursus Hubungan Etnik. Program ini diadakan bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan melalui penekanan lima prinsip Rukun Negara dan aktiviti silang budaya. Program ini juga bertujuan memberi penekanan tentang penerapan nilai murni dan memupuk kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan remaja.
Sekolah yang menjadi pilihan kami untuk mengajurkan program ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta. Kami amatlah berbesar hati ingin berkerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk menjayakan program “Kami Anak Malaysia” di peringkat kebangsaan.