top of page
PENERANGAN PERMAINAN STESEN

STESEN 1 : CHARADES

  • Bil. Peserta: 8 orang (1 kumpulan)

  • Waktu diperuntukkan:

  • :  5 minit bincang 30 frasa yang diberikan
    : 15 minit teka

  • Barang yang diperlukan: Senarai frasa yang berkaitan tradisi dan budaya pelbagai kaum di Malaysia.

  • Cara permainan:

  •  Fasilitator akan mengarahkan mereka menghafal perkataan yang telah disediakan

  • 1 orang pelajar mengilustrasikan frasa atau perkataan yang ditunjuk dengan gaya tangan tanpa bertutur atau mendapat bantuan tulisan.

  • 7 orang pelajar perlu meneka frasa atau perkataan yang disampaikan.

  • Pemarkahan berdasarkan jumlah frasa atau perkataan yang diteka dengan betul.

STESEN 3 : WAR PONG

  • Bil. Peserta: 16 peserta (2 kumpulan)

  • Waktu diperuntukkan: 30 minit – 45 minit

  • Barangan yang diperlukan:  1 bola ping-pong, 20 cawan

  • Cara permainan:

  • Dua pasukan berada pada dua belah meja pingpong berhadapan 20 cawan kosong di atas meja ping-pong.

  • Dua pasukan bergilir-gilir membaling bola ping-pong ke dalam cawan pihak lawan.

  • Setiap bola yang berjaya dilontarkan ke dalam cawan pihak lawan akan dikeluarkan daripada meja. 

  • Pemarkahan dikira apabila semua cawan berjaya dikeluarkan dalam masa yang ditetapkan.

STESEN 2 : CHINESE WHISPERS

  • Bil. Peserta: 8 peserta (1 kumpulan)

  • Waktu diperuntukkan: 20 minit

  • Barangan yang diperlukan: Satu ayat lengkap yang berkaitan dengan perpaduan kaum. 

  • Cara permainan:

  • Pemain pertama tampil ke hadapan dan yang lain berdiri dalam satu barisan. Peserta perlu menghafal ayat lengkap dalam masa 2 minit.

  • Pemain pertama yang tampil kehadapan perlu membisik satu ayat yang lengkap yang sudah dihafal kepada pemain kedua dan seterusnya sehingga pemain terakhir.

  • Pemain terakhir haruslah menyebut ayat/frasa dengan betul untuk pemarkahan. 

STESEN 4 : SEPAK BULU AYAM

  • Bil. Peserta: 8 peserta (1 kumpulan)

  • Waktu diperuntukkan: 25 minit

  • Barangan yang diperlukan: bulu tangkis

  • Cara permainan:

  • Peserta dikehendaki berdiri dalam satu bulatan. Pemain pertama menimang bulu tangkis hanya menggunakan tumit kaki atau lutut.

  • “Timangan” daripada pemain pertama perlu diserahkan kepada pemain kedua tanpa jatuh dan seterusnya kepada pemain kedua dan ulang sehingga pemain terakhir.

  • Setiap kumpulan dikehendaki menimang bulu tangkis dalam satu pusingan.

  • Pemarkahan dikira apabila satu kumpulan berjaya menimbang bulu tangkis lebih daripada satu bulatan.

STESEN 5 : PING PONG BALL RALLY

  • Bil. Peserta: 8 peserta (1 kumpulan)

  • Waktu diperuntukkan: 25 minit

  • Barangan yang diperlukan: bola pingpong, sudu plastik

  • Cara permainan:

  • 2 peserta perlu memegang hujung sudu sambil membawa bola pingpong bersama sehingga ke kerusi yang diletakkan di hadapan. Satu pusingan perlu dilakukan.

  • Jikalau bola pingpong jatuh, peserta perlu memulakan permainan daripada mula.

  • Pemarkahan dikira apabila satu kumpulan berjaya melakukan satu bulatan tanpa menjatuhkan bola pingpong.

bottom of page