top of page
REFLEKSI PELAJAR

Nur Sorfina - 0339401

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, nama diberi adalah Nur Sorfina Binti Mohd Razali dan berumur 21 tahun. Saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Banking dan Finance di Taylor's Universiti. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Hubungan Etnik, Puan Siti Noor Amyah Khasbullah kerana telah memberi tunjuk ajar dalam menjayakan projek ini.
 

Ini merupakan kali pertama saya melaksanakan projek yang berkenaan pemupukan semangat nasionalisme dalam kalangan anak muda. Pada minggu kedua sesi pembelajaran August 2019, saya telah diamanahkan oleh ketua kumpulan untuk menyiapkan kertas kerja projek ini untuk dihantar kepada pensyarah. Berbekalkan pengalaman yang ada dalam menyiapkan kertas kerja projek ini, saya dapat menyiapkan kertas kerja tersebut dalam tempoh masa yang diberikan. Walaubagaimanapun, saya berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam menyiapkan tugasan ini di mana terdapat segelintir ahli kumpulan yang tidak memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan masing-masing sebagai contoh ahli kumpulan yang ditugaskan dengan perancangan permainan. Namun begitu, saya dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa pergaduhan dengan sentiasa mengingati mereka untuk menyiapkan tugasan mereka. Tidak lupa juga terdapat perselisihan faham antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan permainan. Saya mengambil initiatif dengan bertanya kepada mereka punca masalah.
 

Projek ini dilaksanakan pada 24/10/2019 di SMK Assunta, Petaling Jaya. Namun dukacitanya, saya tidak dapat menghadiri program tersebut kerana saya dalam perjalanan pulang dari Segamat ke Johor Bahru. Pada hari sebelumnya, saya telah menghadiri istiadat konvokesyen UiTM Johor yang ke-91 di Segamat untuk penganugerahan diploma. Walaubagaimanapun, sebelum ini, saya telah diamanahkan untuk melaksanakan permainan ranggoli kolam untuk program ini tapi disebabkan tiada pengganti, permainan tersebut terpaksa dibatalkan. Secara jujurnya, saya berasa amat sedih kerana tidak dapat turut serta dalam menjayakan program ini pada hari tersebut.
 

Namun, saya menawarkan bantuan saya kepada ahli kumpulan lain dalam menyiapkan eporfolio sebagai contoh refleksi diri, impak program dan sebagainya. Saya berharap bantuan sekecil ini dapat meringankan beban ahli kumpulan lain. Tidak lupa juga saya rela hati untuk menawarkan bantuan kepada ketua kumpulan dalam menyiapkan laporan untuk dihantar kepada pengetua SMK Assunta. Secara tidak langsung, melalui pengalaman saya dalam menyiapkan tugasan projek ini, semangat nasionalisme dapat dipupuk dalam diri saya sebagai contoh, saya berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan pelbagai kaum dalam menyiapkan tugasan projek ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya kerana telah bertungkus lumus menyiapkan tugasan projek ini.

Siti Nur Aisyah - 0331655

Sepanjang saya mempelajari subjek ini, saya telah memperoleh kesedaran bahawa perpaduan antara kaum harus dipupuk di dalam setiap peringkat pengajian. Hal ini demikian adalah kerana pendidikan adalah salah satu cara untuk mengeratkan lagi perpaduan di dalam golongan generasi yang berbilang etnik di Malaysia. Saya juga telah mempelajari usaha-usaha yang dilakukan pemimpin bagi mengeratkan lagi perpaduan rakyat Malaysia menerusi parti politik serta polisi yang telah mereka perkenalkan. Seterusnya, saya dapat mempelajari lebih lanjut akan budaya, cara hidup serta ekonomi setiap kaum menerusi kerja kursus yang diberikan. Saya juga telah menyedari akan kepentingan interaksi dan komunikasi yang berkesan di antara rakan-rakan yang datang daripada latar belakang yang berlainan. Semasa kita sekumpulan berada di SMK Assunta pada 24hb Oktober untuk menjalankan aktiviti dengan murid-murid. Terdapat beberapa perkara halangan kita lalui seperti kesalahfahaman, komunikasi dan konflik antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, kita dapat mengatasi masalah tersebut dengan memahami keperluan setiap ahli. Selain itu, kita bersyukur dengan aktiviti ini kerana saya telah mempelajari banyak benda tentang tanggungjawab.

Aisha Roseli - 0336982

Berdasarkan mata pelajaran Hubungan Etnik, banyak perkara yang telah saya pelajari. Antaranya, saya dapat mendalamkan pemahaman saya terhadap kepelbagaian kaum dan etnik yang ada di Malaysia. Selain itu, mata pelajaran ini juga telah membuat saya sedar bahawa betapa pentingnya untuk kami sebagai rakyat Malaysia untuk memupuk semangat perpaduan dalam diri sendiri. Akhir sekali, aspek penting yang saya telah pelajari sepanjang melaksanakan projek ini ialah kepentingan berkerjasama dan cara-cara untuk mengatasi konflik yang timbul semasa penyediaan kami.

 

Kami sekumpulan telah bersetuju untuk melaksanakan projek kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta. Semasa saya dan rakan sekumpulan melakukan penyedian untuk ke sekolah SMK Assunta untuk melaksanakan projek kami, terdapat beberapa perkara yang tidak diingini menimbul. Perkara-perkara seperti kesalah fahaman antara rakan dan juga masalah terhadap pembelian barang. Walaupun kami diuji dengan beberapa masalah dalam perjalanan melaksanakan tugas kami, kami dapat menepikan masalah-masalah tersebut dan dapat berkerjasama secara profesional untuk memastikan tugas kami berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya sangat bersyukur dapat diberi peluang untuk bekerja bersama rakan-rakan saya.

Bryan Mok - 0332700

Pada 24 Oktober 2019, kumpulan saya telah menjalankan aktiviti hubungan etnik di SMK Assunta. Kami telah merancangkan senarai aktiviti yang berkaitan dengan kerjasama dan perpaduan. Setiap ahli kumpulan tiba di sekolah tersebut pada 8.30 pagi. Kami berjumpa dengan murid-murid di dewan dan memberi taklimat kepada mereka. Selepas itu, kami telah menjalankan aktiviti pertama iaitu “charades.” Setelah aktiviti tersebut selesai, murid murid diberi masa setengah jam untuk makan. Selepas murid-murid habis makan, mereka berkumpul di dewan semula untuk sambung dengan aktiviti seterusnya. Semua ahli kumpalan menunjukkan semangat bekerjasama dan kami berjaya menyelesaikan semua aktiviti dengan lancar. Saya telah belajar cara-cara berkomunikasi dengan ahli kumpulan apabila dihadapi dengan masalah. Bukan itu sahaja, saya juga belajar ciri-ciri seorang ketua kerana saya ditugaskan untuk menjaga dua kumpulan murid ketika aktiviti dijalankan. Ahli-ahli kumpulan saya membalas “whatsapp” dengan segera apabila sesiapa memberi informasi atau bertanya soalan. Saya sangat gembira kerana dapat kumpulan ini yang memberi kerjasama yang bagus.

Lim Huey Jinn - 0331431

Peranan saya dalam program ini adalah untuk rekod aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut dalam kamera bersama dengan rakan saya, Jolene, dan menghasilkan video untuk kumpulan saya. Setelah jalani aktiviti ini, saya telah belajar bagaimana mengatasi masalah yang berlaku pada saat yang terakhir kerana pada hari tersebut, SMK Assunta telah sediakan 80 orang pelajar walaupun kita hanya minta 40 orang pelajar. Bahan yang diperlukan untuk permainan-permainan tidak dicukupi. Jadi, kita terus berbincangkan cara untuk melibatkan 80 orang pelajar dengan sumber yang kita ada. Permainan-permainan yang kita sediakan memerlukan semua pelajar bekerjasama dalam kumpulan mereka dan ini telah memupuk semangat kerjasama dalam pelajar SMK Assunta daripada semua kaum. Saya juga telah belajar bagaimana berkomunikasi dengan pelajar-pelajar dalam Bahasa Melayu walaupun saya biasanya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Akhirnya, dengan aktiviti “Kami Anak Malaysia”, saya dapatkan pengalaman yang amat bermakna dan saya akan ingat masalah-masalah yang telah berlaku dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Lim Wei Quan - 0331543

Pemikiran aktiviti organisasi adalah membosankan kepada saya sebelum saya memulakan kerja sukarela saya. Walaupun saya tahu saya perlu melakukan ini, saya takut memulakan aktiviti penganjuran. Saya terkejut, ini bukan apa yang saya jangkakan selepas mengalami aktiviti. Aktiviti penganjuran bukan pengalaman yang menyakitkan. Ini adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan dan bermanfaat. Selepas acara ini, saya faham bahawa bukan perkara mudah untuk mengadakan acara kerana kita perlu berkomunikasi dengan sekolah, aktiviti persediaan, menyediakan alat peraga, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, tetapi saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli pasukan kami. Hal in kerana kejayaan acara itu bergantung pada usaha dan sumbangan setiap anggota. Saya juga banyak belajar daripada ahli kumpulan. Semua dalam semua, ini adalah peristiwa yang sangat bermakna bagi saya.

Jonas Luo Changgang - 0332121

Lawatan sekolah adalah pengalaman hebat kerana ia mengajar banyak perkara mengenai patriotisme, perpaduan, dan kerja berpasukan.  Melakukan projek ini menunjukkan saya nilai kerja berpasukan dan bagaimana ia berjaya.  Semasa menjalankan permainan untuk para pelajar, saya menyedari bahawa tidak kira apa kaum mereka.  Para pelajar bekerja serentak dengan usaha terbaik mereka untuk memenangi permainan tidak kira latar belakang etnik mereka.  Ini memberi harapan saya bahawa Malaysia benar-benar boleh menjadi negara berbilang bangsa yang harmoni yang boleh dilihat oleh negara lain.  Saya akan berterima kasih selama-lamanya untuk peluang ini untuk melakukan projek ini dan bertemu dengan rakan sepasukan saya yang hebat dan semua pelajar dari SMK Assunta.  Walaupun saya fikir bahawa projek itu dapat dilaksanakan dengan lebih baik jika kita mempunyai lebih banyak perancangan, kita masih menarik dengan beberapa kreativiti dan saya percaya memberi masa yang menyeronokkan kepada para pelajar dan mengajar mereka banyak perkara mengenai nilai-nilai yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni.

Ng Yi Chuen - 0335220

Hari ini, saya bersama ahli kumpulan Hubungan Etnik telah melawati Sekolah Menengah Kebangsaaan (P) Assunta untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat melahirkan semangat kerjasama sesama pelajar di sekolah tersebut. Antara objektif kami yang lain adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan anak muda dan untuk menyemai sifat kasih saying dan saling menghormati untuk mengekalkan perpaduan negara. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan golongan dewasa dan mampu berinteraksi antara satu sama lain. Apa yang saya dapat perhatikan adalah bahawa pelajar-pelajar amat berseronok apabila bermain permainan yang kumpulan kami susunkan. Melalui penglibatan aktiviti ini, pelajar juga dapat menghilangkan tekanan maka mempunyai minda yang cerdas dengan bertindak aktif. Tugasan utama saya pada hari ini adalah untuk mengolah idea untuk permainan, menguruskan stesen permainan, dan pastikan aktiviti tersebut berjalan dengan lancar. Saya amat harap bahawa kumpulan kami telah berjaya dalam segala objektif yang ingin dicapai.

Isa Nuruddin - 0327065

Sebagai salah satu pengacara majilis, saya berasa sangat gembira kerana kumpulan kami dari Taylor’s University dapat mengajar nilai hubungan etnik dalam kalangan pelajar sebagai pengajaran dalam kehidupan. Sebelum aktiviti bermula, pelajar memberi kerjasama untuk menyanyi lagu Negaraku dan membaca Rukun negera bersama dalam dewan. Selepas itu, kami berinteraksi bersama seperti membincangkan tentang hal hal pelajaran seperti pt3, spm dan kehidupan dalam universiti. Semua pelajar memberi penuh semangat dalam semua aktiviti untuk memastikan kumpulan sendiri menang. 
Permainan pertama iaitu Charades, permainan yang memerlukan kreativiti pelajar untuk berlakon mengikut topik yang diberi dan ahli kumpulan yang lain untuk teka jawapan yang betul. Sebagai juru acara, saya memastikan pelajar tidak mengambil masa terlalu lama untuk  menjawab setiap topik diberi untuk memberi ruang untuk topik topik lain yang lebih mudah. 
Permainan kedua, Ping pong ball relay, memerlukan kejersama diantara dua ahli kumpulan untuk memegang sudu yang ada bola ping pong dan membawa sudu tersebut  ke tempat objektif. Jika bola tersebut jatuh, kumpulan tersebut harus mencuba semula. Saya berasa permainan ini ada lah salah satu permainan yang paling sukar bagi pelajar pelajar SMK Assunta.


Permainan ketiga pula Chinese whispers, ahli kumpulan dikehendaki untuk membuat satu barisan yang Panjang. Ahli kumpulan yang paling hadapan akan diberi satu ayat Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan individu tersebut harus berbisik kepada ahli yang berdiri kebelakang sehingga mesej itu diterima ahli yang berdiri paling belakang lalu akan ditanya oleh kami jika mesej tersebut masih sama seperti ayat yang diberi. Ini adalah permainan yang paling saya gemari kerana permainan ini memerlukan kepercayaan dan kerjasama yang baik untuk pelajar untuk menang.
Permainan keempat pula, War Pong, permainan yang sangat ringkas dan senang difahamkan. Pelajar perlu melontar bola pingpong ke dalam  cawan cawan yang berada di kumpulan lawan. Walaupun permainan ini boleh dilihat seperti mudah, saya mendapati ramai pelajar SMK Assunta menghadapi masalah untuk memenangi permainan ini dengan cepat. Setelah semua permainan tamat, upacara member hadiah dibuat oleh para pengacara majlis iaitu saya dan Umairah. Kami berterima kasih kepada semua pelajar dan para guru untuk memberi peluang kepada kami untuk menjayakan upacara ini. Saya harap dengan upacara ini, para pelajar dapat belajar untuk belajar hidup bersama sama tidak mengira kaum. Saya juga amat terharu lihat semua pelajar tidak malu atau segan untuk bekerjasama dengan semua jenis kaum dalam aktiviti hari ini. Kami daripada University Taylor’s berharap dapat membuat upacara seperti ini lagi.

Ng Beng Cheong @ Eric Ng - 0329901

Walaupun kumpulan kami berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika melaksanakan ‘Kami Anak Malaysia’ di SMK Assunta, mahupun ketika penyediaan lebih-lebih lagi ketika pelaksanaan. Semasa penyediaan, kami perlu bermesyuarat dan berbincang tentang projek kami, sebagai pelajar, degan jadual waktu yang begitu ketat, kami saling bertoleransi supaya dapat menyusun masa yang sesuai untuk perbincangan. Saya juga meneliti kepentingan toleransi semasa konflik sesama ahli kumpulan dalam menyelesai segala dugaan. Selain itu, saya juga diberi tugasan untuk berhubung dengan SMK Assunta di mana saya bertemu dengan Pengetua dan guru-gurunya di mana surat cadangan kami ditolak kerana murid-murid sedang menduduki peperiksaan mereka. Walau bagaimanapun, saya tidak berputus asa dan terus berunding dengan pihak sekolah dan mereka telah menerima surat cadangan kami. Tugasan ini telah memberi saya pandangan yang mendalam tentang kepentingan tidak berputus asa ketika melakukan sesuatu. Akhirnya, saya juga menghargai nilai bekerjasama berkomunikasi degan semua pihak sepanjang tugasan ini. Saya pasti segala nilai dan kemahiran yang saya belajar akan diserap dan menolong saya pada masa yang akan datang.

Muhammad Fikri Zulkifkie - 0334611

Setelah melawat sekolah Malaysia sangat menarik dan pengalaman hebat terutama di sekolah perempuan di SMK Assunta. Ia adalah satu pengalaman yang berbeza berbanding dengan sekolah menengah saya di Arab Saudi dan pasti banyak belajar tentang budaya sekolah di Malaysia. Setelah memulakan hari itu, lagu kebangsaan itu dibacakan serta rukun negara, sesuatu yang saya tidak belajar dengan betul membesar. Walaupun terdapat beberapa halangan bahasa antara pelajar dan saya, para pelajar sangat bersabar dalam membiarkan saya mempraktikkan bahasa Melayu saya dan mencuba mereka yang paling sukar untuk tidak ketawa pada kesalahan saya. Ini membolehkan saya menjadi lebih yakin dengan bahasa Melayu saya serta personaliti introvert saya. Gadis-gadis di SMK Assunta penuh dengan kegembiraan dan menantang saya beberapa perkara mengenai hubungan etnik yang saya tidak tahu. Aktiviti yang dimainkan memberi saya gambaran yang mendalam mengenai bagaimana generasi generasi Malaysia di Malaysia bekerja sama serta sikap dan hubungan etnik yang berbeza. Ia adalah perjalanan yang baik!

Yasmeen Amatullah - 0331772

Dalam masa untuk menyempurnakan refleksi report ini, saya telah banyak mengenali hubungan etnik dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di negara kita. Walaupun semasa saya menyiapkan laporan ini dapat rintangan dengan kerja harian yang sibuk. Untuk mengatasi masalah ini, saya perlu membahagikan masa dengan baik. Di samping itu, tidak terlepas peluang juga saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam sejarah hubungan etnik di negara kita. Saya juga dapat belajar untuk menghargai semua prinsip-prinsip perlembagaan yang mana selama ini saya kurang titik beratkan

Secara keseluruhannya, banyak yang saya telah ketahui mengenai Hubungan Etnik di Negara ini dan betapa pentingnya masyarakat di Negara ini menjaga dan menyuburkan kerharmonian rakyat di Negara Malaysia kita. Oleh itu, rakyat Malaysia mesti terus memupuk keharmonian kaum, integrasi dan perpaduan kerana ianya adalah antara asas-asas penting untuk kejayaan negara.

Menyiapakan tugasan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana saya terpaksa mencari pelbagai maklumat mengenai konsep hubungan etnik dimana kekeliruan telah berlaku iaitu kami perlu membuat permainan yang berteraskan pelbagai kaum. 

Sehubungan dengan itu, saya berharap menerusi program yang telah kami langsungkan di SMK Assunta dapat beri idea kepada murid murid dan mereka akn lebih peka tentang keunikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dang bangsa. Kerja kursus in menyedarkan saya betapa pentingnya kita mengenali dan memahami perbezaan budaya dan etnik kaum lain untuk memupuk perpaduan antara kaum.

Jolene Tiong Yin - 0332959

Sepanjang semester, saya menikmati keseluruhan modul ini kerana saya dapat memperoleh kesedaran bahawa perpaduan antara kaum harus dipupuk di dalam segala situasi. Keutamanya, di dalam sesuatu negara yang dapat pelbagai kaum seperti Malaysia, kita perlu melayan satu sama lain dengan rasa hormat dan kasih sayang supaya kita boleh tinggal bersama-sama dalam harmoni. 

Selain itu, saya mendapat ahli kumpulan yang sering tolong-menolong dan dapat bersefahaman untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Melalui acara ini, saya mendapat satu pengajaran iaitu kita harus berkerjasama supaya aktiviti kami boleh berjalan dengan lancar. Walaupun kami ada pendapat yang berbeza semasa perbincangan aktiviti ini, tetapi kami pun bertimbang rasa pendapat ahli lain dan menerima pendapatan semua ahli supaya semua ahli boleh melibatkan diri dalam acara ini.

Pada hari 24hb Oktober, kami sekumpulan berada di SMK Assunta uituk menjalankan beberapa akitiviti dengan murid-murid. Saya bertanggungjawab untuk mengambil video. Walaupun saya suka mengambil video tetapi saya tidak pernah mengalami peristiwa yang pantas di mana saya perlu mengejar pelajar di mana-mana untuk mengambil video. Ia adalah satu pengalaman yang baik.

Walaupun ada beberapa salah komunikasi dan konflik antara pasukan saya, sepanjang hari berakhir dengan baik seperti yang kita dikompromi dan bekerja sebagai satu pasukan. Saya sangat bangga dan senang berada di dalam kumpulan ini untuk Hubungan Etnik. Ia juga mengajar saya bahawa kita semua boleh hidup dalam keharmonian. Tidak kira apa kaum, umur atau jantina anda. Kita semua rakyat Malaysia.

Nur Umairah - 0337167

Alhamdulillah dengan kurniaan tuhan, setelah bertungkus lumus mempersiapkan persiapan untuk melaksanakan program ini, akhirnya kami berjaya melaksanakan program ini tanpa ada sebarang isu atau masalah daripada pihak sekolah mahupun pihak kami. Pada saya, tugasan ini amat mencabarkan kerana ini kali pertama saya merancang program yang perlu berinteraksi dengan pihak sekolah. Ianya lebih mencabar apabila timbul sebarang masalah dan isu daripada ahli kumpulan. Sebagai ketua ahli kumpulan, saya memegang tanggungjawab untuk menyelesaikan isu yang timbul dengan penuh kesabaran dan toleransi. Namun demikian, ianya tidak semudah yang disangka akan tetapi, saya mampu memberikan mereka tugasan dan mereka mampu melaksanakannya.

Tugasan untuk mata pelajaran ini telah meningkatkan keyakinan saya untuk melaksanakan tugasan yang mencabar pada masa akan datang. Tugasan ini menjadi titik permulaan pada saya untuk mendapatkan dan juga memperbetulkan salah silap saya ketika merancang program ini dengan ahli kumpulan. Selain itu, sebagai pengacara majlis, saya dapat berinteraksi dengan pelajar dan ini amat menggembirakan saya. Pada mulanya, saya kurang yakin untuk menjadi pengacara majlis. Tetapi, pelajar SMK Assunta memberikan saya keyakinan apabila mereka mula berinteraksi dengan penuh minat apabila saya berbicara dengan mereka. Peristiwa ini tidak akan saya lupakan malah saya amat hargai semua usaha daripada pelajar dan juga ahli kumpulan saya untuk menjayakan program ini. 

Ammar Effendy - 0333113

Berdasarkan mata pelajaran Hubungan Etnik, banyak perkara yang telah saya pelajari. Antaranya, saya dapat mendalami pemahaman saya terhadap kepelbagaian kaum dan etnik yang ada di Malaysia. Selain itu, mata pelajaran ini juga telah memberi penyedaran kepada saya bahawa betapa pentingnya kami sebagai rakyat Malaysia dalam memupuk semangat perpaduan dalam diri sendiri. Akhir sekali, aspek penting yang saya telah pelajari sepanjang melaksanakan projek ini adalah kepentingan bekerjasama dan cara-cara untuk mengatasi konflik yang timbul semasa penyediaan. 

Kami sekumpulan telah bersetuju untuk melaksanakan projek kami di Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta. Semasa saya dan rakan sekumpulan melakukan penyediaan untuk ke SMK Assunta untuk melaksanakan projek kami, terdapat beberapa perkara yang tidak diingini timbul. Perkara - perkara seperti kesalahan fahaman antara rakan juga masalah terhadap pembelian barang. walaupun kami diuji dengan beberapa masalah dalam perjalanan melaksanakan tugas kami, kami dapat menepikan masalah-masalah tersebut dan dapat bekerjasama secara professional untuk memastikan tugas kami berjalan dengan lancar. Oleh itu, saya sangat bersyukur diberi peluang untuk bekerja bersama rakan-rakan saya. 

bottom of page